Showing posts with label MAHA. Show all posts
Showing posts with label MAHA. Show all posts

Saturday, 14 September 2024

Malaysia 2024 MAHA > 100th Anniversary

 





MAHA bermula dengan nama persatuan Malayan Agri-Horticulture Association (MAHA) yang telah ditubuhkan pada bulan Oktober 1922. Tujuan utama penubuhan persatuan MAHA ini adalah untuk memberi tumpuan kepada sektor pertanian dalam menjana ekonomi negara dan menganjurkan pameran-pameran pertanian.

Pertunjukan dan pameran pertama MAHA anjuran persatuan MAHA diadakan di Padang Kelab Lumba Kuda Selangor dari 30 Jun hingga 2 Julai 1923.

Hanya produk-produk yang terbaik dan terkini sahaja yang terdiri daripada tanaman, buah-buahan, hasil ternakan, bunga-bungaan, kraftangan dan pelbagai inovasi sahaja boleh dipamerkan di MAHA, setelah melalui pusingan di pertunjukan MAHA peringkat daerah dan negeri.

Pertunjukan MAHA ke-18 telah dilancarkan pada 2 Ogos 1947 di "Coronation Park" yang terletak di Kuala Lumpur ( kini Stadium Merdeka) oleh Gabenor Sir Edward Gent.

Keadaan darurat pada tahun 1969 menyebabkan pameran MAHA yang dijadualkan pada Ogos tahun itu ditunda ke tarikh yang lain. Pada tahun 1972 seterusnya kerajaan telah mengisytiharkan pertunjukan MAHA akan digantikan dengan perayaan Hari Peladang, Penternak, dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) setiap tahun. Bermulalah perayaan HPPNK yang pertama pada tahun 1975 dengan kesemua ciri-ciri pertunjukan MAHA diserap masuk ke pameran tersebut.

Pertunjukan MAHA kemudiannya dihidupkan kembali pada tahun 1999 dan kini nama singkatanya adalah pameran Malaysian Agriculture, Horticulture, and Agrotourism (MAHA). Bermula dari tahun 2002, pertunjukan MAHA diadakan 2 tahun sekali dan HPPNK juga disambut bersama dengan pameran antarabangsa MAHA.