Friday, 1 October 2021

Malaysia 2021 SetemKu : PERKESO/SOCSO Golden Jubilee

 






Album Koleksi Setem Kenang-kenangan Jubli Emas PERKESO mengandungi 10 helaian Setemku PERKESO serta Lembaran Mini di dalamnya yang dicetak menggunakan kertas Setem OBA dari TullisRussel TRB.

Jaluran Setemku PERKESO mengandungi empat keping setem yang bernilai muka 60 sen setiap satu, bersaiz 51mm Panjang x 36 mm lebar. Setem-setem ini mempunyai reka bentuk yang berlainan yang menggambarkan imej Majikan dan Pekerja. Jaluran setem tersebut juga memaparkan Jata Negara, logo Penjenamaan Semula PERKESO (PERKESO Prihatin), logo PERKESO, logo Sambutan Jubli Emas dan tema Sambutan Jubli Emas.

Lembaran Mini pula bersaiz 70mm panjang x 80mm lebar mengandungi keratan setem kecil di dalamnya dengan saiz 51mm panjang x 36mm lebar. Setem kecil ini bernilai muka 60 sen direka khas dengan konsep 5 Dekad penubuhan PERKESO. Ciri-ciri uniknya adalah 5 Dekad dan Logo 50 Tahun dicetak di atas kerajang emas, di samping figura YAB Tun Abdul Razak dan YAB Tan Sri A.N.Ambo yang merupakan dua tokoh yang telah memainkan peranan yang penting di dalam penubuhan PERKESO.

Selain setem, album ini juga mengandungi Sampul Surat Kenang-kenangan PERKESO 2021. Sampul ini bersaiz 190mm Panjang x 110mm lebar, dicetak menggunakan kertas Ivory 120 gsm. Muka hadapan Sampul Surat ini telah dilekatkan dengan setem yang bernilai muka 60 sen, mempunyai gambar Cyberdine iaitu robot khas yang digunakan dalam pemulihan Orang Berinsurans yang cedera di Pusat Rehabilitasi Tun Abdul Razak. Setem ini telah mempunyai cop mohor Keluaran Khas Setemku 50 Tahun PERKESO yang bertarikh 1 Oktober 2021.

Muka hadapan Sampul Surat Kenang-kenangan PERKESO 2021 ini mempunyai cetakan berwarna yang memaparkan imej bangunan Menara Ibu Pejabat PERKESO, logo PERKESO, logo 50 Tahun PERKESO serta fasa Sambutan Jubli Emas Ulang Tahun PERKESO ke 50 (1971-2021).


No comments: