Friday, 19 July 2024

Malaysia 2024 SetemKu "Jambatan Kereta Api Guillemerd"

 



Jambatan Kereta Api Guillemard yang terletak di Tanah Merah, Kelantan diambil namanya sempena nama Gabenor British (Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu) pada masa itu, iaitu Sir Laurence Guillemard. Jambatan sepanjang 609.6 meter ini dibina pada tahun 1920 dan siap pada Julai 1924.

Selaras dengan usia 100 tahun jambatan kereta api ini pada 19 Julai 2024, RAC telah mengabadikan sejarah jambatan rel terpanjang di Malaysia dengan menerbitkan setem dan folder khas dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad.

No comments: